Sunday 25 January 2015

Cara-cara membuat CENDOL
wow sedapnya kalau dilayan bersama keluarga pada petang hari!

Cendol
5 Sudu makan - Tepung beras
1 sudu makan - Tepung gandum
1 sudu makan - Tepung pulut
10 helai daun pandan diblend - ambil air sahaja.

langkah-langkah
1. Campurkan semua tepung kedalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan.
2. Panaskan periuk bersama dengan air tapis / air masak.
3. Sambil menunggu air mendidih, ambil plastik putih yang macam kedai guna untuk bungkus sup. Ambil gunting, gunting bucu dia sahaja (sikit je). Senang nak buat cendol. Tak payah nak guna barang lain. Apa ada dekat rumah je.
4. Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi kedalam plastik. Bila air dah mendidih. Tekan cendol tu keluar. Terpulang kepada individu panjang mana nak tekan. Bila cendol dah kembang dan masak.
5. Sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia kedalam mangkuk yang ada air sejuk tu.

Dah siap bab cendol.

AIR CENDOL
1 Kotak Santan Segera - santan pekat. Kalau guna santan cair, buat 2 kotak.
1 Cawan Air Masak
Gula Merah secukup rasa
1 sudu kecil garam

Cara-Cara
1. Panaskan periuk. Masukkan santan dan air masak kedalam periuk.
2. Masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda. (Kalau tak nak manis kurangkan gula)
3. Bila dan mendidih tutup api.
4. Tuangkan kedalam 1 jag besar. Campurkan kesemuanya sekali termasuk cendol yang anda buat tadi.
5. Jangan lupa masukkan sekali ais. Baru sedap diminum sejuk.....

SELAMAT MENCUBA!!!!

Monday 12 January 2015

dahulunya pedang, sekarang pena, dahulunya pena, sekakang keyboard~

THE SULUK VOICES








Tak semua orang jahat, tak semua orang baik, orang yang baik kadang kala cuma dihadapan kita sahaja. Manusia akan berbaik dengan seseorang jika ada hajat yang diinginkan. Bukan semua manusia begitu tetapi bilangan orang yang baik dah semakin sedikit.

Akhir zaman apabila manusia mementingkan kebendaan berbanding hubungan antara manusia. Mereka telah dirasuk dengan kebendaan sehingga telah melupakan seruan Allah SWT kepada mereka. Allah swt berfiman 'berbaiklah dengan tuhan, berbaiklah dengan manusia'="hablum minaulah, hablum minannas".

Percayalah dunia cuma sementara, mayat tidak akan bergolek sendiri ke kubur masing-masing. Mereka 'orang malaysia' khususnya disabah mengganggap orang suluk adalah bangsa yang 'ganas' dan tidak bertamadun. Ingatlah bukan semua orang yang berbangsa suluk ganas jangankan nila setitik hancur tercemar susu sebelanga.

Mungkin mereka 'suluk' berdarah panas tidak dapat duduk diam. Namun ingat segelintir manusia suka menjolok sarang tebuan. Jika dah tahu sarang tebuan sangat bahaya dijolok masakan kita nak jolok lagi. Itulah sifat bangsa ini, pantang dicabar dan dipandang rendah. Namun disebalik sikap panas baran ini tersembunyi satu sifat yang cukup indah mereka mementingkan sikap persaudaraan. Percayalah jika anda berkawan dan dianggap sebagai saudara oleh mereka, maka anda sangat beruntung. Kerana mereka akan sanggup korbankan diri demi kepentingan saudara mereka.

Dalam dunia perniagaan mereka ini sentiasa bantu membantu antara saudara. tidaknya akan wujud perkataan 'tikam belakang'.

Kerajaan Malaysia seharusnya bukan 'menjolok' bangsa ini, namun seharusnya memberi ruang dan peluang. Kerana kejayaan kerajaan Malaysia bukan bergantung kepada sesuatu bangsa tetapi kepada rakyatnya. Jangan pernah membelakangi sesuatu kaum jika dapat melihat kepentingannya, semua ada hikmahnya.


akhir kata, nukilan yang belum sebarapa menggambarkan ini seharusnya kita fikirkan, Dan kepada yang 'sulukian' sedang baca ini blog ini harap maafkan hamba. Niat hamba ini adalah baik dan tidak sesekali ingin wujudkan perasaan perkauman. Bagi hamba dasar persaudaraan bukan wujud disebabkan oleh kaum, Namun darah merah yang mengalir dalam jasad manusia adalah sama.

salam and peace yooo....

the suluk voice